"Kami adalah rakan kongsi 'partner' dalam merawat pesakit, bukan sekadar hanya pembantu kepada doktor".
Presiden Persatuan Jururawat Malaysia, Mariam Madhar Ali menepis stigma masyarakat umum yang kebanyakannya beranggapan, tugas jururawat hanya membantu dan berdiri di samping doktor.
"Kami ada tugas-tugas kami tersendiri. Doktor ada tugas-tugas mereka tersendiri. Kami sebagai jururawat, kami lebih kepada pengurusan pesakit. Selain merawat, kami menguruskan hal-hal kebajikan pesakit,"
"Jadi bagi saya, persepsi mengatakan jururawat hanya membantu doktor itu kurang tepat," tegas Mariam ketika mengulas mengenai tanggungjawab yang dijalankan seorang jururawat.
Berkongsi pengalaman 35 tahun dalam bidang kejururawatan, Mariam berkata, terlalu banyak jurang perbezaan cabaran antara dulu dan kini.
"Memang sekarang lebih mencabar lagi. Kalau dulu apa yang nurse nasihat, pesakit akan ikut cakap kita. Tapi sekarang ni, mereka lebih maklum dari kita. Sumber mereka lebih luas, daripada media, internet, bacaan dan sebagainya. Jadi kita perlu lebih daripada mereka,"
"Jika tidak, kita tidak boleh menyelesaikan masalah pesakit kita," katanya kepada Astro AWANI ketika bercerita perbezaan cabaran jururawat dulu dan kini.
Mengulas mengenai penglibatan kaum adam dalam bidang yang dulunya di monopoli wanita, Mariam berkata sambutan golongan lelaki terhadap bidang perkhidmatan ini boleh dibanggakan.
Jelasnya, dengan penambahan golongan lelaki sebagai jururawat di sektor ini, ia secara tidak langsung, memudahkan rutin tugasan di hospital mahupun di pusat kesihatan.
"Walaupun mereka lelaki, mereka ini ada the calling feeling untuk memberi rawatan kepada pesakit. Mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan sebagai partner in nursing kita suka mereka ni ada," ujarnya ketika diminta mengulas mengenai penglibatan golongan lelaki dalam bidang kejururawatan.
"Melihat dalam konteks kita di Malaysia ni, kita negara Islam, jadi jururawat lelaki boleh merawat pesakit lelaki dan juga membantu dalam mengendalikan pesakit lelaki terutamanya apabila melibatkan urusan-urusan yang sulit," tambahnya.
Menyifatkan jururawat sebagai "wira tidak didendang", Mariam mahu bidang kejururawatan ini terus mendapat pengiktirafan di mata dunia.
"Kami berharap, generasi jururawat akan datang dapat memberikan kualiti yang baik dan mempunyai ilmu yang tinggi, di mana mereka akan meneruskan bidang pengajian mereka hingga ke peringkat yang tertinggi,"
"Persatuan Jururawat bersama Lembaga Jururawat terus berusaha memohon kepada kerajaan agar latihan jururawat bermula daripada peringkat ijazah. Kami berharap, menjelang 2020 nanti, semua jururawat kami adalah pemegang ijazah," katanya mengakhiri sesi temubual.
Hari Jururawat Sedunia disambut tanggal 12 Mei setiap tahun bagi menghargai sumbangan jururawat terhadap masyarakat.
Sambutan tahun ini disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dengan tema -Nurses: A Force For Change, A Vital Resource For Health.
Selamat Hari Jururawat Sedunia.
Khairunnisa Kasnoon
Sun May 11 2014
Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei 2014 - Foto Bernama
9 rakyat Malaysia antara mangsa dalam pesawat SIA
Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok mengesahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 anak kapal berada di dalam pesawat Singapore Airlines yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.
Pesawat Emirates langgar Flamingo, mendarat selamat di Mumbai
Dalam perkembangan sama, portal Business Standard melaporkan, jurucakap Emirates mengesah pesawat syarikat penerbangan tersebut terlibat dalam insiden berkenaan.
Puluhan terbunuh dalam pertempuran antara kaum di DR Congo - PBB
Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo.
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel satu tindakan berani - Nga
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang dilakukan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu langkah berani.
'Terpaksa jadi kekwat' - Sarimah Ibrahim sanggup belanja RM50,000 untuk jiwai watak
Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Sorakan penyokong menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura
Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan sedang dijalankan.
Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis
Sasaran subsidi secara tepat dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Serangan balai polis Ulu Tiram: JKM sedia beri kaunseling pada keluarga mangsa - Noraini
JKM akan menyediakan sesi kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas.
Penempatan 747 pegawai perubatan siswazah ringankan beban petugas kesihatan - KKM
Sejumlah 747 pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah masing-masing akan ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.
Jururawat: Kami adalah 'partner', bukan sekadar pembantu doktor
Profesion jururawat memberikan sumbangan besar kepada masyarakat. Mereka diibarat seperti wira tidak didendang, menjadi tulang belakang dunia perubatan.